KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel
itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya,
dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan
tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus
menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda
baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada
majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut
mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya
untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada
saudara-mara dan teman-temannya.
Selepas membaca e-mail pertama itu si janda
tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut
pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya
terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di
dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Subject : Abang telah selamat sampai
Date : 16 May 2002
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan
kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan
komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh
menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja
terutama insan kesayangan kita. Abang telah
selamat sampai dan telah menginap dengan aman
di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di
sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga
berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti
apa yang telah Abang lalui ketika ini.

No comments:
Post a Comment